Nama Saintifiknya ialah Gluta Renghas. Orang-orang Cina menyebutnya dengan nama Chat-si atau Kayu Hantu. Pohon kayu Rengas mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya diatas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat dibahagian atas tetapi besar bukaannya dibahagian hujung bawah (silahkan perhatikan gambar).
Keratan rentas batangnya menunjukkan ada tanda lingkaran hitam. Mereka yang suka ke hutan samada untuk tujuan perkhemahan / camping, mencari akar kayu, Sepanjang Daerah Aliran Sungai Lubai ; anda mungkin akan bertemu dengan sepohon pokok hantu yang boleh akan menyergah anda pada bila-bila masa tanpa anda sedari ; tanpa anda kenali. Tahu-tahu saja anda sudah merasai...
Pokok Rengas..orang-orang Cina mengelarkannya sebagai Pohon Hantu. Getah pohon ini amat bisa sekali jikalau terkena kulit. Ada jenis getah pohon Rengas yang menyebabkan kulit yang terkena getahnya kelihatan seolah-olah seperti terkesan terbakar kehitaman tetapi amatlah gatal sekali malah menyakitkan. Jika digarut, ia kan melecet dan bertambah gatal lagi. Jika tangan yang mengaru itu mneyentuh tempat lain pada tubuh badan maka ia seolah-olah akan menjangkiti tempat itu pula, seterusnyalah apabila digarut maka ia akan menular seluruh badan.
Begitu juga jenis Rengas yang memberi kesan bintik-bintik jernih yang berair, ia amat gatal sekali. Apabila kita mandi mneggunakan sabun mandi, ia seperti satu wabak, menjangkiti seluruh badan menyebabkan seluruh badan mengalami kegatalan dan bila terkena muka, muka akan membengkak. Ramai orang tidak dapat menahan kesan kegatalan ini. Kadang-kadang bagi mereka yang jenis darahnya sensitif, duduk bernaung dibawah pohonnya saja pun sudah terasa gatal-gatal diseluruh badan, tetapi ada juga mereka yang boleh tahan dengan kesan getah pohon Rengas ini.
Perawatan
Tawas merupakan perawatan segera apabila terkena getah Rengas ini, maklumlah kerja di kawasan perhutanan. Tetapi ia adalah untuk rawatan sementara saja jika tidak banyak yang kena. Apabila saja rasa gatal-gatal di sesuatu tempat dan ada kesan bintik-bintik berair, tuangkan sedikit saja air panas dalam bekas yang mengandungi tawas, kemudian sapukan ke tempat gatal itu, biarkan ia kering sendiri. Bila sudah kering, ia akan nampak kesan putih seperti bergaram pada kawasan tersebut, ulangi lagi sehingalah gatal-gatal itu hilang dan bintik-bintik berair itu jadi kering. Jangan digarut pada tempat gatal itu. Jika tidak tahan sangat, hanya tekankan jari (kalau boleh jangan gunakan jari) dikeliling tempat yang gatal itu.
Rawatan terbaik ialah melalui suntikan tetapi bukan semua klinik yang faham kekuatan dos ubat suntikan bagi menghilangkan kegatalan akibat terkena kayu Rengas ini malah Kayu Rengas pun mereka tidak tahu. Hanya klinik tertentu sahaja yang biasa memberi rawatan kepada mereka yang terkena getah pokok ini boleh memberikan hanya dengan sekali suntikan saja. Jika tidak, satu suntikan dari klinik biasa tidak memberi kesan penyembuhan yang segera malah terpaksa mendapatkan suntikan susulan yang kedua.
Source: http://lubaypost.blogspot.com/2009/08/kayu-rengas.html
parquet parquet indonesia parket lantai kayu lantai kayu parket
Tidak ada komentar:
Posting Komentar